Postingan

SERONOK BERKUBANG DALAM KENCING SENDIRI???

Gambar
Rasanya, puak Rejim Pakatan Hancing tu sedang seronok menikmati kubang air kencing yang mereka bina sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Buktinya cukup jelas apabila satu persatu Fitnah yang dilemparkan mula memakan diri. . Jika sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, puak Pakatan Hancing itu bukan main sibuk menjaja Fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional kononnya wujud usaha untuk menjual kedaulatan Negara kepada China. . Tuduhan dan dakwaan yang dibuat itu ekoran tindakan Kerajaan BN pada ketika itu menjalinkan kerjasama Ekonomi secara bersepadu dengan China melalui pembentukan Inisiatif "One Belt, One Road" (OBOR). . Salah satu projek dibawah inisiatif ini ialah dengan mewujudkan kawasan Taman Perindustrian dikedua - dua buah Negara. Di Malaysia, lokasi Taman Perindustrian itu adalah di Kuantan yang dinamakan sebagai MCKIP. . Namun usaha untuk mewujudkan kawasan taman perindustrian itu menerima kecaman hebat dari puak Rejim Pakatan Hancing yang turut melabelkan u...

JOM HADIR HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH PAHANG!!!

Gambar
Admin dapat jemputan ni dari sahabat - sahabat di Pahang. Dengar katanya ramai juga yang akan hadir di program Himpunan Penyatuan Ummah Pahang kali ini. Kalau ikut pertimbangan, boleh la pergi. . Pergi pun bukan ada sebab lain. Tapi sekadar nak melihat sambutan diperingkat akar umbi terhadap agenda Penyatuan Ummah ni. Adakah ia diterima disemua peringkat dan bukan pemimpin sahaja yang syok sendiri. . Dengar katanya sebelum ini, ada juga kekangan yang dibuat oleh pihak - pihak tertentu untuk menghalang program ini diadakan termasuk mempertikaikan mengenai isu permit kebenaran untuk penganjur. . Tapi itu semua dah menjadi kebiasaan dibawah Rejim Pakatan Hancing yang menguasai Putrajaya hari ini. Diorang mana boleh tengok rakyat bersatu padu, apatah lagi dikalangan umat Islam dan Melayu itu sendiri. . Diorang lebih suka memecah-belahkan rakyat dengan fitnah yang disebarkan supaya senang diorang nak kekal berkuasa. Dalam masa yang sama, habis semua harta rakyat di jual dan digadai...

PTPTN MINTAK PANDANGAN UMUM UNTUK KUTIP HUTANG!!!

Gambar
Aik? Lain pulak dari yang dijanjikan oleh Rejim Pakatan Hancing tu sebelum ini. Dalam Manifesto yang diumumkan sewaktu PRU yang lalu, diorang kata nak PTPTN ni akan di-TUTUP. Tapi sekarang lain pulak tindakan yang diambil. Bukan sahaja PTPTN itu tidak ditutup, malah kutipan semula hutang pelajar juga sangat membebankan kepada golongan Mahasiswa. Sebelum ini, PTPTN dilaporkan telah memansuhkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar yang membayar semula pinjaman mereka mengikut jadual yang ditetapkan.  Bahkan pengecualian bagi pelajar cemerlang untuk membayar semula pinjaman yang dibuat juga turut dihapuskan. Dalam erti kata lainnya, PTPTN tetap mengutip hutang dari mereka. Hari ini, PTPTN sibuk nak kutip pandangan orang awam bagi mencari kaedah terbaik untuk mengutip semula hutang dari peminjam. Kononnya perkara itu menjadi "Fokus Utama" Rejim Pakatan. Rasanya kalau diorang tanya kepada rakyat, dah tentu diorang akan tuntut Rejim Pakatan Hancing m...

MENTERI TELUR 2 SEN JANGAN MEROYAN!!!

Gambar
Penafian Salahuddin Ayub bahawa menteri-menteri kerajaan PH lemah hanya persepsi, boleh dianggap sebagai Cuma menutup kelemahan sendiri. Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menganggap ‘persepsi’ tersebut hanyalah dari orang luar tanpa data, kajian sahih dan tiada kajian emperikal. Kenyataan Salahuddin dipetik akhbar Sinar Harian di bawah kolum Menjelang Setahun Kerajaan PH. Apa yang hendak dikatakan persepsi orang luar sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa beliau tidak berpuas hati dengan barisan kabinetnya. Bahkan, mantan Naib Presiden PKR yang juga puteri Presiden PKR Nurul Izzah sendiri meletakkan jawatan daripada PAC kerana kecewa dengan prestasi menteri-menteri. Tambah menakjubkan, Mahathir sendiri selepas itu menyetujui bahawa kelemahan para menterinya memang benar. Satu lagi, Salahuddin mungkin sudah duduk di atas tidak menyedari situasi rakyat di bawah. Paling senang,beliau sendiri sepatutnya memasang ejen tanpa per...

FACEBOOK "HALANG" SEBARAN BERITA DARI BLOG SEMUT!!!

Gambar
Tak pasti sama ada Facebook atau ada Pendedak Pakatan Hancing tu yang 'Panas Bontot' apabila ada perkongsian berita yang ditulis melalui laman blog ini. Takut pada bayang - bayang sendiri ke? Itu yang menjadi persoalannya. Semenjak beberapa minggu lepas, sebaik sahaja selepas Rejim Pakatan Hancing tu memerintah, pelbagai halangan cuba dilakukan oleh pihak pemerintah agar rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara terbuka. Jelas tindakan itu menyongsang dari apa yang pernah dialunkan oleh puak Pakatan Haprak itu sebelum ini. Mereka kononnya memperjuangkan Hak Kebebasan Manusia. Tapi kenapa perkongsian berita dari laman blog cuba dihalang? Apakah Facebook hari ini cuba menghalang masyarakat dunia, khususnya di Malaysia dari menyuarakan pandangan mereka terhadap situasi semasa yang berlaku mengikut perspektif individual? Dimana salahnya bagi individu untuk menyuarakan pendapat mereka? Tidak menjadi masalah bagi mana - mana pihak yang tahu menghormati hak mereka ...

MELAYU CAMERON SAJA KE YANG BODOH???

Gambar
#MaluApaBossKu vs #GilaApaBossKau Baru ni, aku ada dengar ucapan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland. Maka timbul sedikit persoalan mengenai kenyataan Azmin itu, Adakah dia menganggap orang Melayu di Cameron Highland bodoh hanya semata - mata kerana mereka mengundi calon Barisan Nasional ketika PRK yang lalu? Adakah Azmin juga terlupa bahawa Orang Melayu di 56 Parlimen lain juga masih lagi mengundi Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum tempoh hari? Itu tidak termasuk Melayu yang undi Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka semuanya bodoh belaka? Sebagai ahli Politik, Azmin mungkin terlupa atau sengaja buat - buat lupa bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang calon itu dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka bukan dipilih hanya semata - mata kerana parti yang diwakili sahaja. 1. Faktor Calon - rakyat memilih wakil mereka berdasarkan kep...

SEMUT KEMBALI!!!

Gambar
Fuh! Lama betul rasanya tak bukak blog ni. Bukan sebab kecewa akibat kekalahan yang menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional pada 9 Mei yang lalu. Tapi admin banyak meluangkan masa dengan aplikasi Instagram. Setakat ni masih belum berhenti lagi berehat dari mengemas-kini perkembangan Politik semasa. Cumanya, kaedah yang dilakukan hari ini agak berbeza sedikit. Takde dah nak tulis artikel panjang - panjang. Tapi, itu tidak bermakna blog Semut Hitam ni akan ditutp terus. Tunggu masa yang sesuai je untuk admin kembali menulis mengenai isu - isu semasa. Nak pulak yang berkaitan dengan isu Politik semasa. Jadi, bagi pengikut - pengikut blog Semut Hitam ni, boleh terus bersama menanti kemunculan semula dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, boleh follow Semut menerusi laman Instgram. https://www.instagram.com/semuthitam80/