Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2017

AKHIRNYA MAHFUZ BEAN JUMPA "TELUR" SENDIRI!!!

Gambar
Mungkin Si Mahfuz Bean ni dah jumpa 'telur' dia sendiri apabila akhirnya dia berani ambik tindakan untuk tinggalkan PAS yang selama ini dihina dan dikutuk secara terang - terangan. Atau mungkin, Si Mahfuz Bean tu dah jumpa dahan baru untuk berpaut sebelum tibanya Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi soalnya, siapa yang sanggup kutip Si Mahfuz Bean ni? Adakah PAN sanggup menjadi 'Pengutip Sampah' PAS memandangkan parti itu sarat dengan pemimpin - pemimpin yang telah mengkhianati parti itu sejak mengikut telunjuk DAPigs? Atau, adakah DAPigs sendiri membuka pintu mereka untuk menerima kehadiran Si Mahfuz Bean sebagai Boneka Melayu yang boleh dipergunakan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Kemungkinan besar, Si Mahfuz Bean ni telah mendapat platform dari parti yang diterajui oleh Tun Mahathir walaupun dia pernah memaki hamun Pengerusi PPBM itu secara terbuka. Walau apa parti sekali pun yang sanggup mengutip Si Mahfuz Bean ni untuk bertanding bagi pihak...

PKR DAKWA PPBM "TAMAK MACAM BELANDA"!!!

Gambar
Nampak gayanya, semakin hari semakin panas perang mulut diantara pemimpin PKR dan PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir berhubung isu jawatan Perdana Menteri Pakatan.. Terbaharu seorang ahli politik PKR secara terbuka menegur sifat Tamak yang dipamerkan oleh Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. [ PPBM "NAIK ANGIN" BILA PKR LETAK SYARAT KETAT??? ] Dalam kenyataan tersebut, pemimpin PPBM itu mendakwa isu berkaitan pembebasan Ketua Umum PKR bukan merupakan satu keutamaan Pakatan untuk dijadikan syarat perjanjian. Tidak senang dengan kenyataan itu, bekas ahli parlimen Balik Pulau PKR, Yusmadi Yusoff tampil memberi peringatan kepada PPBM supaya tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’. “Pepatah Melayu sering mengingatkan adab orang Melayu agar tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’ yang bukan sahaja lupa budi orang memberi ruang tanah tersebut malah menjajah pemilik asal tanah tersebut,” beliau dipetik berk...

DIN BOTOKS MALUKAN AZMIN DAN WAN AZIZAH!!!

Gambar
"Pembeli tanah felda adalah warga luar!! Abd. Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang kad pengenalan warga luar negara!!!" Demikian kenyataan yang dibuat oleh Si Din Botoks ni. Tanpa rasa segan silu, Si Din Botoks tu juga turut memuat - naikkan status dilaman media sosial mendakwa kononnya pemilik tanah Felda di Jalan Semarak itu merupakan warga asing. Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Si Din Botoks itu hanya sekadar satu propaganda Politik yang mahu mengelirukan rakyat secara terang - terangan dan memburukkan imej Felda. Si Din Botoks tu juga cuba memberikan gambaran seolah - olah pihak Kerajaan menjual aset Felda kepada warga asing sedangkan dalam masa yang sama dia turut membodohkan diri sendiri. Kenyataan kononnya pihak yang didakwa memiliki tanah Felda Jalan Semarak itu merupakan warga asing itu dibuat hanya berdasarkan kepada kod nombor kad pengenalan mereka 71. Sebagai rekod, beberapa orang pemimpin Pakatan Haprak tu juga turut memiliki ko...

NURUL IZZAH TETAP TOLAK TUN M JADI PM???

Gambar
PKR merupakan satu - satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru - baru ini. Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu. Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu. “Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,” katanya. Sebelum ini nama Dr Mahathir, yang juga Pe...

HOTEL BATAL PROGRAM KERANA HUSAM!!!

Gambar
Memang tak laku dah Si Husam Musa ni rupanya sampai tahap pihak pengurusan sebuah Hotel pun terpaksa membatalkan program yang melibatkan bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu. Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan saat-saat akhir kerana ia melibatkan Naib Presiden Amanah itu. Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur program berkenaan setelah pihaknya diberitahu oleh pengurusan hotel yang menyebut pembatalan dilakukan kerana melibatkan Husam. Program tersebut dianjurkan oleh laman Sokmo.net dan dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada jam 9 malam ini. "Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel. "(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam," kata pengarang Sokmo.net, Mo...

GUAN ENG SAWAN SURUH HADI AWANG SAMAN NST!!!

Gambar
Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng meroyan sakan mendesak Presiden Pas, Hadi Awang mengambil tindakan saman terhadap media yang menyalah tafsirkan kenyataannya tentang pemimpin Melayu, beragama Islam sahaja boleh menjadi menteri di Malaysia. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bukan sahaja boleh menyakitkan hati orang bukan Islam dan bukan Melayu malah turut bersifat mengancam. "Saya harap dia (Abdul Hadi) boleh saman media berkenaan kalau benar apa yang dia cakapkan itu telah disalah tafsir. "Sekiranya dia tak berani saman media terbabit itu bermakna dia telah menyakitkan hati orang bukan Islam, orang bukan Melayu dan mengancam mereka dengan apa yang disyorkan olehnya," katanya ketika ditemui media di sini pagi tadi. Abdul Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang memuat keputu...

PEGUAM PAN MAHU ATEIS JADI AGAMA!!!

Gambar
Kenyataan terbaru Hanipa Maidin berhubung golongan ateis hanya akan memburukkan imej parti Ternakan DAPigs itu, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff. Kamarul mengulas pandangan Hanipa yang mengatakan hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama, maka barulah penyebaran fahaman itu dikalangan umat Islam boleh dikawal. "Pada hemat saya konar baring terbaru Hanipa Maidin ini walaupun mungkin dimaksudkan untuk memperbaiki imej beliau dan imej PAN yang tercalar di mata umat Islam, sebenarnya akan menjunamkan lagi imej beliau dan parti itu. “Ini kerana, bila ateisme diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk dianuti dan mengamalkan ateisme tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini. Semalam, Hanipa Maidin dilapor berkata hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama maka penyebarannya terhadap penganut ...

DR. PAS DIAGNOSE PKR ALAMI SINDROM "MERACAU" KRONIK!!!

Gambar
Pihak yang menyebarkan fitnah kononnya lebih ramai ADUN PAS akan 'melompat' kepada parti lain termasuk PKR kini sebagai semakin 'meracau'. Selepas ini mungkin mereka akan dakwa pula ahli dan pemimpin PAS akan melompat kepada DAP.  Mereka yang menyebarkan berita pembohongan itu diminta bertaubat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Halimah Ali berkata, oleh kerana 'demam PRU14' semakin memuncak, ramai akan meracau bila suhu melangit. "Virus PRU14 memang virulen dan poten. Jika terjangkit, akan hilang kewarasan. Yang betul dikata salah. Yang salah dikata betul. Yang dulu lawan, dianggap kawan. Yang dulu kawan dilawan habis-habisan," katanya dipetik daripada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang berkata, mereka kukuh berprinsip dilabelkan gila jawatan sementara yang melompat tak tahan kepanasan. "Mereka cuba bertubi-tubi membina satu persepsi negatif mengenai YB PAS Selangor. Mereka lontar sebelum ini ada beberapa ...

PAS MEROYAN BILA PKR HINA WAKIL RAKYATNYA!!!

Gambar
Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PKR baru - baru ini membuatkan pemimpin PAS menganggap ianya sebagai satu Penghinaan terbuka terhadap parti tersebut. [ PKR ALU - ALUKAN PEMIMPIN PAS KELUAR PARTI!!! ] Naib Presiden PAS Pusat merangkap Exco Rejim Pakatan Selangor, Iskandar Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat fitnah kononnya ada ADUN PAS yang mahu menyertai PKR. Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan s edangkan katanya, ADUN yang didakwa itu berdiri teguh di belakang Presiden PAS. "Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden. "ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor). "Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini t...

SYED SADDICK MEROYAN TAK DAPAT BELI RUMAH!!!

Gambar
Ketua Pemuda PPBM hanya ibarat seperti katak di bawah tempurung apabila mempersoalkan kegagalan Kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan belia di negara ini. Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, Syed Saddiq sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan itu kerana isu perumahan golongan belia sudah lama diperjuangkan oleh Pemuda Umno. Beliau berkata, setiap tahun Pemuda Umno membangkitkan isu tersebut termasuk membahaskannya di Perhimpunan Agung parti bagi memberikan pandangan akar umbi mengenai keperluan perumahan di kalangan generasi muda. Menurut Jamawi, banyak skim perumahan disediakan kerajaan untuk golongan belia antaranya Skim Perumahan Belia BSN, yang menyediakan bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 bagi dua tahun pertama. “Kerajaan juga menyediakan program Perumahan Transit Belia Kuala Lumpur, untuk bantu golongan muda B40 yang bekerja di Kuala Lumpur memiliki rumah sendiri. “Manakala, harga sewa rumah Progra...

NGO MAHU "TUNGGUL KAYU" JADI PM!!!

Gambar
Nampak gayanya, kemelut isu berkaitan dengan pencalonan bakal Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi menemui jalan buntu dan tidak dapat diselesaikan. Kemelut itu bertambah meruncing apabila Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) mahu Presiden PKR, Wan Azizah layak dilantik sebagai Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri. Pengerusinya, Chong Eng berkata, ia kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan bahawa wanita tidak boleh menjawat mana-mana jawatan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan. “Kita nak beri kesedaran bahawa persepsi ini harus diubah kerana zaman sekarang sudah tidak sama. Kita perlu beri kesedaran bahawa wanita sekarang sudah boleh pergi ke sekolah dan mampu bekerja. “Kita harus beri peluang yang sama kepada wanita untuk bekerja dan jangan beri tanggungjawab hanya mengikut jantina. Misalnya mungkin dulu wanita tidak dapat buat, tapi sekarang mereka boleh laksanakannya dan mungkin lebih baik,” katanya. Menurutnya, banyak lag...

"EZAM KOTAK" NAK BERTANDING DI PEKAN???

Gambar
Pulak dah!!! Kenapa Si Azmin Ali tu tak nak bertanding di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Hari tu bukan main bongkak lagi dia buat kenyataan terbuka. Kata Si Azmin, dia yakin sekiranya bertanding di Parlimen YAB Perdana Menteri itu, Pakatan Haprak akan mendapat kemenangan yang cukup besar dalam PRU yang akan datang. Malah Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan itu merupakan satu langkah yang 'Paling Strategik' bagi parti pimpinan Wan Azizah untuk mencalonkan dirinya di Parlimen Pekan. Tapi dalam satu laporan yang disiarkan semalam, Si Ezam Kotak tu pulak menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen yang sama bagi mewakili NGO yang Pro Pakatan Haprak tu. Menurut laporan yang disiarkan, NGO terbabit, Hisbah Centre for Reform atau lebih dikenali sebagai Hisbah itu mendesak agar bekas pengikut PKR itu kembali ke Malaysia serta merta. “Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beber...

PKR ALU - ALUKAN PEMIMPIN PAS KELUAR PARTI!!!

Gambar
Nampak gayanya kepincangan kepimpinan diantara PAS dan PKR semakin meruncing di Selangor walaupun cuba dinafikan. Keadaan itu sudah pasti akan merencatkan Politik di negeri berkenaan. Jika sebelum ini, PAS Selangor tampil membuat penafian terhadap khabar angin yang mendakwa kononnya ada pemimpin serta ahlinya akan keluar dari parti dan menyertai PKR. Namun penafian yang dibuat kepimpinan PAS itu seolah - olah disindir oleh pemimpin PKR yang mendakwa jika perkara itu berlaku, ianya akan mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor berkata, parti itu tidak ada halangan untuk menerima 10 orang ADUN PAS sekiranya mereka bersedia untuk menyertai PKR seperti yang dikhabarkan. Terdahulu, khabar angin berlegar mengatakan akan terdapat 10 orang ADUN Pas bakal menyertai PKR.  Bagaimanapun, Naib Presiden PAS menafikan khabar angin tersebut. “Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Iskandar memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya peran...

"GERAM" MAHU BAUKSIT DITERUSKAN???

Gambar
Pihak yang terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksit diminta mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk dalam usaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu perlombongan bahan mineral itu. Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit Kuantan (Geram), Ali Akbar Othman berkata, suara wakil penduduk perlu  diambil perhatian memandangkan mereka antara golongan yang terkesan akibat aktiviti berkenaan. Menurutnya, penarikan semula sitaan 10 juta tan stok Bauksit yang diputuskan oleh pihak sebelum ini SPRM boleh memberi kesan buruk jika tiada langkah kawalan berkesan dilakukan. "Sepanjang tempoh moratorium, kehidupan penduduk amat selesa selepas melalui tempoh penuh kesengsaraan akibat sikap tamak peniaga bauksit. Tiada persekitaran yang kotor, berdebu dan gangguan jalan raya yang menakutkan. "Suasana ini bakal berubah sekiranya kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyediakan mekanisme berkesan bagi mengawal kegiatan perlombongan dan pengangkutan jika aktiviti ...

ANINA AKUI, AGENDA PPBM BERI DAPigs KUASA???

Gambar
Kalau baca kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua Srikandi PPBM yang dibuang dari parti itu baru - baru ini, dia seolah - olah mengakui bahawa DAPigs memegang tampuk kuasa Pakatan. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila mangsa Politik Toksik Pakatan Haprak tu mendakwa Malaysia bakal tergadai kepada 'Penjajah' sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang. Antara lain, status didalam Facebook tu turut mengingatkan bahawa sejarah negara ada pahit manis dan semua rakyat Malaysia perlu menghargai apa yang telah dimiliki sehingga ke hari ini. "Peliharalah apa yang kita peluk hari ini, jangan guris hati anak bangsa hingga ianya hancur dan dikutip orang lain. "Jika Tanah Melayu dijajah lebih 400 tahun dan memiliki semula tanah ini selepas semua hasil mahsumnya dikaut penjajah, namun hari ini orang Melayu akan hilang kuasa ke atas tanah ini selamanya jika bangsanya hilang kuasa politik. "Hilangnya tidak akan kembali. Ada negara luar yang pernah berajakan Melayu...

ISLAM SEMAKIN MALAP DI TUNISIA???

Gambar
Adakah ini masa depan Malaysia? Kemungkinan besar keadaan seperti ini akan dibenarkan berlaku di Malaysia sekiranya rakyat dikalangan umat Islam membenarkan Pakatan Haprak tu berkuasa. Kerana perkara itu cukup jelas melalui dasar perjuangan mereka yang mahu semua benda dilakukan secara bebas. Malah, bukan sahaja LGBT dibenarkan secara terbuka. Zina pun dihalalkan. Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di negara paling ramai Muslim di dunia itu, kini giliran Tunisia menghancurkan akhlak remajanya. Media antarabangsa semalam melaporkan negara Islam di rantau Afrika Utara itu berjaya melancarkan stesen radio khas untuk komuniti LGBT yang pertama di rantau Arab baru-baru ini. Namun ia bersiaran hanya atas talian dan ditubuhkan hasil inisiatif kumpulan hak asasi LGBT tempatan dengan alasan mahu menangani permusuhan rakyat terhadap golongan itu di negara tersebut. Untuk rekod, amalan terkutuk seperti yang diamalkan oleh golongan LGBT it...

DAPigs MAHU "GULA - GULA RAKYAT" DITERUSKAN???

Gambar
Demikian betapa retoriknya puak Pakatan Haprak di Malaysia ni. Cakap diorang ni semuanya tak serupa bikin persis seperti seorang Munafik. Dan begitulah juga sikap puak DAPigs. Jika sebelum ini, parti itu mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M sebagai 'Gula - Gula Politik' yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat. Walaupun diatas pentas Politik mereka mengecam tindakan tersebut, tapi hakikatnya, puak Pakatan Haprak tu dalam diam meniru pemberian bantuan tersebut secara terang - terangan. Malah mereka juga turut mendakwa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri hanya berpura - pura menjadi Pembela Rakyat dengan pemberian bantuan tersebut. “(Najib) berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi BR1M. Pada hemat saya, pemberian ini adalah satu program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ untuk memancing undi bagi PRU13,"  kata pemimpin DAP Perak dalam satu kenyataan media. Jelas, apa yang didakwa sebelum i...

PAS DAKWA RAFIZI SUKA MENYIBUK HAL ORANG LAIN!!!

Gambar
Pengasas Invoke yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak menyibuk dalam hal dalaman parti lain, sebaliknya memfokus kepada isu dalaman PKR. Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, pendedahan Rafizi berkaitan kajian Invoke terbaharu, hanyalah perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada memilih PAS pada PRU14. Menurutnya, pemimpin PKR tidak perlu berasa bimbang mengenai kekuatan PAS kerana parti itu masih lagi diangggap sebagai sebuah parti politik berpengaruh di negara ini, selain UMNO. “Saya nasihatkan Rafizi lebih giat lakukan kajian berkaitan kedudukan dan pengaruh PKR atau Pakatan Harapan, berbanding menyibuk dalam hal dalaman parti lain. “Mungkin Invoke terlupa fakta, parti politik Melayu yang berpengaruh di Malaysia hanya Pas atau Umno. Eloklah mereka buat kajian khususnya dalam kalangan pengundi wanita luar bandar daripada membuang masa mengkaji kekuatan parti politik seteru mereka,” katanya. Ahmad Fakhruddin turut menyif...

PAS DAKWA TMI SENGAJA SEBAR FITNAH!!!

Gambar
Naib Presiden PAS Pusat tampil menafikan dan menyangkal dakwaan sebuah laman portal yang menyatakan kononnya ada dikalangan pemimpin parti itu bakal menyertai PKR di Selangor. Ujarnya, laporan laman portal The Malaysian Insight (TMI) itu hanya sekadar satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS di negeri itu dalam menghadapi PRU-14. “Laporan media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri serta pimpinan Pas Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar.  Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran dalam kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Portal TMI awal hari ini, melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua dari kalangan pemimpin dan ahli PAS di negeri itu. Malah laporan portal berkenaan juga turut mendakwa mereka yang akan mengambil tindakan sedemikian bakal bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Gelombang b...

KENAPA MAT SABU PUN EMOSIONAL???

Gambar
Agak menghairankan juga apabila Presiden parti Ternakan DAPigs yang selama ini dikenali sebagai seorang Pelawak Jalanan tiba - tiba boleh berubah menjadi terlalu emosional tak tentu arah. Tapi yang peliknya, tidak pula dinyatakan kenapa Si Mat Sabu tu meroyan dan cuba memberikan peringatan secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dalam satu kenyataan baru - baru ini. Namun, apa yang menarik ialah apabila 'peringatan' yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu seolah - olah memberi gambaran yang dia mengambil berat terhadap keadaan ekonomi di Malaysia. Antara lain, Si Mat Sabu tu memberikan peringatan agar YAB Perdana Menteri tidak mengeluarkan kenyataan jelik yang boleh menghancurkan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. “Bagi Malaysia yang mengamalkan fahaman demokrasi dan raja berperlembagaan, siapa yang dapat majoriti lebih maka merekalah yang akan membentuk kerajaan. “Umno sendiri pun tak pernah bentuk kerajaan bersendirian, sebaliknya mereka bersama gabungan dengan 12 part...

RESTORAN MELAYU DIROBOH REJIM DAPigs GUAN ENG!!!

Gambar
Rejim DAPigs Pulau Pinang mengganas lagi, kali ini giliran Restoran Wan Hashim Seafood pula menjadi mangsa apabila sekumpulan kakitangan daripada MPSP merobohkan restoran itu pagi semalam. Restoran yang sebelum ini indah bercahaya menghidupkan suasana di taman tersebut pada kini sudah tiada lagi dan Amat dirindui masakan serta pelbagai menu menarik buat pelanggan. Gambar sebelum restoran dirobohkan “Pagi tadi pihak berkuasa MPSP telah meroboh binaan restoran ini kerana atas kesalahan menjalankan perniagaan di premis kediaman dan menambah binaan tanpa kebenaran pihak PBT. “Moga pemiliknya tabah hadapi dugaan ini. Rezeki di muka bumi Allah ini luas boleh lagi diterokai,” lapor laman Facebook tersebut. Sebagai rekod, sejak Rejim DAPigs pimpinan Lim Guan Eng memerintah, sudah banyak restoran dan gerai makan orang Melayu yang dipaksa tutup serta dirobohkan oleh pihak PBT. Malah bukan setakat itu sahaja. Sebaliknya, kawasan perumahan dan perkampungan orang Melayu juga turut...

AZWAN TAK SEBUT NAMA, TAPI KARTEL AZMIN DAH MEROYAN!!!

Gambar
Hahaha!!! Nampak sangat yang puak kartel Si Azmin Ali ni mula menggelupor tak tentu arah bila Diva AA, Azwan Ali tampil menyerahkan dokumen kepada SPRM yang dibuat hari ini. Kata Azwan, penyerahan dokumen itu dibuat berdasarkan kepada tanggungjawab dia sebagai seorang rakyat sebagai bukti terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah berlaku. Malah, selebiriti yang sering tampil dengan kontroversi itu juga mendakwa, dokumen yang mengandungi bukti itu turut melibatkan kemewahan terlampau yang dimiliki oleh individu tertentu. Namun, biarpun dia didesak dan dipaksa untuk mendedahkan identiti individu terbabit, Azwan enggan menyatakannya secara terbuka dan menganggap pihak media tau siapa yang dimaks udkan. “Saya tidak boleh beritahu siapa individunya ia sangat sulit kena tunggu dan lihat.  Saya rasa media boleh membuat spekulasi atau mentafsirkan siapa yang saya maksudkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai mem...

WAN AZIZAH TAK SENANG DUDUK DISAMAN 2JUTA!!!

Gambar
Susulan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda dan FGV kerana menabur fitnah, Presiden PKR menggelupor biawak memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan. Peguam Francis Pereira, yang mewakili Wan Azizah dan dua yang lain, mengesahkan bahawa dia telah menerima arahan untuk memfailkan rayuan tersebut dimahkamah. "Kami mempunyai 30 hari untuk memfailkan notis itu, dan ia akan difailkan kerana saya baru menerima arahan," katanya dipetik Malaysiakini.  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu memerintahkan Wan Azizah dan dua yang lain membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada Felda dan FGV atas dua artikel fitnah yang disiarkan dalam akhbar PKR, Suara Keadilan, tujuh tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada mulanya hanya menetapkan kadar ganti rugi sebanyak RM70,000 terhadap tuduhan yang sama. Namun Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata, Timbalan Pendaftar yang mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu ...

MAT SABU TERPAKSA TUMPANG GLAMER OSTAZAH ECAH!!!

Gambar
Kalau dulu, diatas pentas ceramah PAS, bukan main lagi dia buat dakwaan kononnya Kerajaan tidak menghalang 'Maksiat Hiburan' yang berleluasa. Katanya, dunia hiburan ni penuh kemaksiatan. Maka, kata dia, sebab itu dia menyertai PAS kerana mahu mendedahkan kepincangan Kerajaan yang tidak menghalang kemaksiatan hiburan itu berlaku. Dia cuba nak mentarbiah ahli PAS mengenainya. Dek kerana popularitinya semakin merundum, dan dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, dia mula berubah pendirian sejak menyertai PAN. Dunia hiburan yang penuh maksiat itu kembali dijejaki. Makanya, dia menghalalkan tindakannya terkinja - kinja diatas pentas hiburan yang pada suatu ketika dahulu didakwa penuh dengan kemaksiatan yang tidak dibendung oleh pihak Kerajaan. Sejak dia kembali menjejakkan kaki diatas pentas sambil terkinja - kinja tu, adakah dia lupa dengan dakwaan yang pernah dinyatakan sebelum ini? Pernah tak dia kenang kembali apa yang telah diluahkan? Hari ini, kemenangan yang d...

KEMARUK SANGAT KE NAK DAPATKAN SOKONGAN???

Gambar
Ia bukan sahaja dilihat sebagai satu tindakan biadab malahan ianya dianggap terlalu terdesak apabila sanggup tergamak eksploitasi nama sultan untuk kepentingan politik peribadi. Lebih aib, ‘askar siber’ pembangkang Malaysia dikesan mempergunakan laman sosial palsu konon Sultan Hassanal Bolkiah menyokong usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melawan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesej yang disebarkan sejak Khamis lalu menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan yang langsung percaya Sultan Brunei berkenan menyebelahi tokoh veteran berusia 92 tahun itu untuk menang pilihan raya umum ke-14. Justeru Polis Diraja Brunei (PDB) memberi amaran tegas sambil mengingatkan orang ramai agar tidak percayai berita atau fakta diragui yang disebarkan melalui akaun media sosial tertentu sama ada dari dalam atau luar negeri. Media Brunei melaporan, laporan palsu berbaur hasutan antikerajaan itu disebarkan menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp selain Instagram dengan menyalahgunakan id...

GUAN ENG ALAMI GANGGUAN EMOSI!!!

Gambar
Nampak gayanya, Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni sedang mengalami gangguan emosi dan membuatkan dia mula kelihatan tak tentu arah bila ada yang mempertikai pasal isu PM Pakatan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa PAS tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan. Katanya, dakwaan Presiden yang menyatakan bahawa DAPigs mahu mengambil jawatan tersebut sebagai sengaja mahu dibangkitkan untuk memainkan sentimen agama dan perkauman. “Sudah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri," katanya dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini. Dari satu sudut, kenyataan pemimpin tertinggi DAPigs itu membuktikan bahawa parti itu telah menetapkan siapa calon Perdana Menteri yang akan mewakili puak Pakatan Haprak tu kelak. Seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini, nama...