JANGAN BAGI ALASAN LONGKANG UNTUK LETAK JAWATAN!!!
Pengerusi dan juga Perdana Menteri Pakatan Haprak tu tak boleh letak jawatan atas alasan apa sekali pun. Kalau dia tak sehaluan dengan parti lain dalam Pakatan pun, dia mesti kekal sebagai PM. Perkara itu perlu bagi memastikan Tun Mahathir memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang sedang berlaku pada ketika ini. Jangan jadikan alasan kononnya tiada kerjasama sebagai jalan keluar. Banyak kerosakkan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selama 40 hari lebih dia memerintah. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan satu pun masih GAGAL diperbaiki oleh Rejim Pakatan sehingga ke hari ini. Usah cerita pasal Janji Manifesto 100 hari yang masih GAGAL ditunaikan itu. Tapi isu lain yang ada kaitan secara menyeluruh wajar diberikan perhatian oleh Tun Mahathir sebelum dia berundur. Yang pertama, Tun Mahathir perlu memperbaiki semula perpecahan dikalangan masyarakat di Malaysia pada ketika ini. Disebabkan seruan Tun Mahathir, rakyat Malaysia berbalah sesama sendiri. Kedua, Tu...