MELAYU CAMERON SAJA KE YANG BODOH???
#MaluApaBossKu vs #GilaApaBossKau Baru ni, aku ada dengar ucapan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland. Maka timbul sedikit persoalan mengenai kenyataan Azmin itu, Adakah dia menganggap orang Melayu di Cameron Highland bodoh hanya semata - mata kerana mereka mengundi calon Barisan Nasional ketika PRK yang lalu? Adakah Azmin juga terlupa bahawa Orang Melayu di 56 Parlimen lain juga masih lagi mengundi Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum tempoh hari? Itu tidak termasuk Melayu yang undi Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka semuanya bodoh belaka? Sebagai ahli Politik, Azmin mungkin terlupa atau sengaja buat - buat lupa bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang calon itu dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka bukan dipilih hanya semata - mata kerana parti yang diwakili sahaja. 1. Faktor Calon - rakyat memilih wakil mereka berdasarkan kep...