Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2018

KEMPEN #UNDIROSAK KERJA ORANG KECEWA!!!

Gambar
Kalau difikirkan dengan waras, memang kempen #UndiRosak ni tidak memberi sebarang keuntungan kepada mana - mana pihak. Tapi kempen itu wujud kerana ada yang tak puas hati. Apa yang pasti, kempen #UndiRosak itu tidak sama dengan perjuangan puak - puak Bershit yang mendakwa kononnya sistem Pilihan Raya di Malaysia ni tidak dilaksanakan dengan adil. Sebaliknya, kempen #UndiRosak ni adalah manifestasi terhadap kekecewaan puak Pakatan Haprak tu dengan keputusan yang m encalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara. Pengikut Pakatan Haprak tu cuba mendesak agar pucuk pimpinan mereka menolak pencalonan yang dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu dan digantikan dengan calon dari kalangan mereka sendiri. Namun malangnya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lansung tidak mempedulikan bantahan serta desakan yang diluahkan oleh pengikut mereka yang berada diperingkat bawahan. Sebaliknya, pengikut - pengikut puak Pakatan Haprak tu pulak yang dituduh melakukan kesilapan kerana t...

KARTEL AZMIN DAH MULA "PANIK"!!!

Gambar
Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir yang dikaitkan dengan Kartel Azmin Ali, mereka yang terlibat mula menggelupor tak tentu arah. Dan tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Si Azmin Ali, akaun Facebook Chagibard telah dibekukan. Tambah mengharukan lagi keadaan, posting berkaitan dengan pendedahan tersebut telah dipadam. Kemungkinan besar, perkara tersebut juga ada kaitan dengan Kartel Si Azmin Ali tu juga. Tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan betapa panik mereka yang terdiri dari kalangan puak kartel Si Azmin ini berikutan pendedahan yang telah dibuat oleh Si Chagubard. Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya, sudah pasti yang mendedahkan korupsi seumpama ini akan ditahan dibawah akta ISA. Bukan satu rahsia bahawa dibawah kartel Azmin wujud kumpulan cybertrooper yang berbayar d...

NURUL NUHA PUN NAK BERTANDING JUGA???

Gambar
Nampak gayanya, amalan Nepotisme dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu dah menjadi semakin kronik apabila anak kepada Si Ketua Penipu tu pun nak bertanding dalam PRU juga. Jika sebelum ini, hanya Si Nurul Izzah tu sahaja yang masuk bertanding Pilihan Raya Umum disamping ibunya yang menjadi Boneka DAPigs bertanding menggantikan Si Ketua Penipu tu. Sekarang, terdengar pulak khabar angin dikalangan rakyat yang mengatakan bahawa Si Nurul Nuha tu pun berhajat nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dengar ceritanya, Si Nurul Nuha tu akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh bagi menggantikan Wan Azizah yang akan bertanding dikawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Seburuk - buruk Datuk Seri Najib yang hampir setiap hari dimaki hamun oleh puak Pakatan Haprak tu diatas petas Politik, takde pulak dia suruh anak beranak dia semuanya bertanding. TAPI, bukan dalam PKR sahaja amalan Politik Nepotisme ini menjadi kebiasaan. Malah parti lain dalam gabungan Pakatan Haprak t...

PAS SELANGOR MENGAKU DIKHIANATI PKR!!!

Gambar
Ibarat macam 'Melepaskan Anjing Yang Tersepit'. Bila dah terlepas, tangan kita juga yang digigitnya. Itulah nasib malang PAS kerana terlalu mempercayai 'keikhlasan' palsu PKR sebelum ini. PAS bukan sahaja dianiayai, malah mereka telah dikhianati oleh Rejim Pakatan Selangor secara terbuka. Padahal, jawatan Menteri Besar Selangor tu diorang yang berikan kepada PKR. Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Sallehen Mukhyi tampil membuat pengesahan peruntukan DUN yang diwakilinya telah dibekukan oleh Rejim Pakatan Selangor sejak September tahun lalu. ADUN Sabak itu turut menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit dijalankan oleh pihak pentadbiran Rejim pimpinan PKR itu. “Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). “Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri ‘aircond'” dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, lap...

VIDEO TUN M KUTUK ANWAR TULAR!!!

Gambar
Tular di ruang media sosial sebuah klip rakaman ucapan Tun Mahathir yang mengutuk pemimpin PKR, Si Ketua Penipu tu dengan yang dikatakan "GILA" mahu menjadi Perdana Menteri. Video yang dirakam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 itu dikatakan tular sejak nama Tun Mahathir dipilih untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili gabungan Pakatan. "Yang diperjuangkan ialah (untuk menjadi) Perdana Menteri. Nak jadi Perdana Menteri, gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Orang lain bila disingkir daripada UMNO, mereka berdiam diri dan tak buat apa-apa dah. "Tapi (dia) bila disingkir daripada UMNO, mereka melemparkan fitnah terhadap UMNO dan cuba mendapatkan sokongan daripada parti lawan supaya niat untuk jadi Perdana Menteri itu akan tercapai," kata Mahathir dalam ucapan tersebut. Tun Mahathir juga mendakwa, sikap pemimpin seperti Si Ketua Penipu tu adalah amat cetek dan "patut" diwujudkan sehingga 100 jawatan Perdana Menteri supaya dapat diberikan kep...

VETERAN PKR DAKWA TUN M "SIMPAN" AGENDA PERIBADI!!!

Gambar
PKR kini memang sudah terjerat dengan permainan Politik licik yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri itu sehingga terpesong terlalu jauh dari perjuangan asalm mereka sebelum ini. Kalau PKR nak berpatah balik sekarang, semuanya sudah terlambat. Maka terpaksalah mereka mengikut telunjuk Tun Mahathir dan meminggirkan suara ahli mereka diperingkat akar umbi. Jika sebelum ini, pengikut - pengikut PKR jelas menyatakan bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinan Pakatan yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka. Malah bantahan itu juga turut disuarakan oleh pemimpin - pemimpin parti itu. Tapi malangnya, suara bantahan yang dibuat lansung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan PKR. Sebaliknya, mereka lebih rela memberi keutamaan dalam menjaga kepentingan Politik Peribadi dari nak mengikut kehendak yang disuarakan oleh ahli - ahli serta pengikut mereka sendiri. Kini giliran Veteran PKR pulak bersuara dan membuat dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu sengaja me...

BANYAK KES 'DALAM KELAMBU' BUAT PAKATAN CUAK!!!

Gambar
Bagaikan Takut pada Bayang - Bayang sendiri. Itu perumpamaan yang selayaknya ditujukan kepada puak - puak Pakatan Haprak tu kerana takut nak hantar nama kepada SPRM untuk disaring. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menerima nama calon pilihan raya daripada mana-mana parti pembangkang untuk disaring.   Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkata, setakat ini pihaknya hanya sekadar menerima senarai nama daripada Barisan Nasional (BN) yang sudah menghantar beberapa nama. Bagaimanapun,   Datuk Seri Azam Baki  enggan mendedahkan jumlah nama yang diterima mahu pun perkembangan proses tapisan yang telah dilakukan bagi mengelak sebarang spekulasi. “Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu kami membuat tapisan calon-calon pilihan raya, yang pentingnya kami sedia membantu. “Kita tidak akan dan tidak pernah bocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana itu adalah etika dan amanah kami,” kata...

NURUL IZZAH SAH PINDAH KELUAR DARI LEMBAH PANTAI???

Gambar
Desas desus berhubung kekosongan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang diwakili oleh Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang terus hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Dan yang terbaru, khabar angin mengatakan bahawa tempat Si Nurul Izzah itu akan diganti oleh Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ketua AMK Lembah Pantai dalam PRU yang akan datang. Tambah memalukan ialah apabila Si Nurul Izzah tu sendiri tampil mengakui bahawa kemungkinan untuk dia mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai itu memang wujud. “Sama ada kekal, atau di Johor. Jika saya ke Johor, Fahmi akan ganti. Tapi semuanya belum diputuskan. Tunggu keputusan parti nanti,” katanya kepada Sinar Harian. Walaupun alasan puak PKR mengatakan bahawa Si Nurul Izzah tu nak memberi laluan kepada muka baru, tetapi alasan itu hanya dianggap sebagai Retorik Politik mereka semata - mata. Jika benar Si Nurul Izzah tu nak beri laluan kepada orang lain, maka seharusnya dia tidak bertanding lagi dimana - mana kawasan Par...

WAN AZIZAH KECEWA PENGIKUT ENGGAN "MOVE ON"!!!

Gambar
Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR, Wan Azizah terhadap pengikut - pengikut parti itu yang enggan berganjak dari pendirian mereka untuk meneruskan kempen #UndiRosak. Antara lain, Wan Azizah mendakwa, dia lebih banyak terkesan serta terguris dari kezaliman dan kekejaman yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebelum ini. “Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri. “Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.  Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018. Kenyataan Wan Azizah itu dibuat bagi mengulas kempen #UndiRosak yang dilancarkan sebaik sahaja Pakatan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri secara terbuka sebelum ini. Dari satu sudut, kenyataan Wan Azizah itu membuktikan bahawa ke...

PAN DAKWA, PKR BUKAN TUHAN NAK TENTUKAN SEMUA!!!

Gambar
Disebalik konflik berkaitan dengan isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan, PKR nampak gaya terpaksa berhadapan dengan satu lagi kemelut yang semakin kronik. Jika sebelum ini, PKR mengalami tentangan dari dalam parti berhubung isu calon Perdana Menteri itu. Kali ini, PKR terpaksa pula berhadapan dengan tentangan dari rakan sepakatan mereka. Isunya ialah mengenai pengagihan kerusi yang didakwa tidak dilakukan secara adil. Nak pulak pengagihan kerusi DUN di Selangor yang dikatakan sedang menemui jalan buntu pada ketika ini. Isu itu dibangkitkan oleh puak - puak PAN yang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap keputusan PKR yang sebelum ini kerap kali tampil menafikan hak mereka secara terbuka. Ekoran dari tindakan PKR yang tidak mempedulikan luahan rasa ketidak-puasan hati mereka menyebabkan kepimpinan PAN menganggap PKR tidak mempunyai hak untuk menentukan segalanya. "Selangor ini kita kena faham. Dia ada empat parti dalam PH ini. Bukan Selangor in...

SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK???

Gambar
Itu persoalannya. Adakah kempen #UndiRosak itu dibuat kerana rakyat tak suka pada Datuk Seri Najib? Kot kalau sebelum ini pun, puak pembangkang tak buat kempen sedemikian. Begitu juga dengan orang Barisan Nasional. Walaupun diorang tak suka pada Si Ketua Penipu tu kerana perangai Haramjadah yang ditonjolkan, tapi takde pulak diorang buat kempen tersebut. Tapi kenapa hari ini, kempen #UndiRosak tu diwujudkan? Dan kempen itu dimulakan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri dan bukannya dari dikalangan penyokong Barisan Nasional. Soalnya sekarang, kenapa kempen #UndiRosak itu diadakan? Adakah kempen itu dibuat untuk menyatakan bantahan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri? Jawapannya TIDAK! Adakah kempen itu digerakkan demi membuktikan bahawa Barisan Nasional menolak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs? Juga jawapan yang diberikan adalah TIDAK! Sebaliknya, kempen #UndiRosak itu wujud kerana puak Pakatan Haprak tu nak menzahirkan rasa kurang senang serta ketidak-puasan hati...

TUN MAHATHIR, RAHMAT ATAU LAKNAT BUAT PKR???

Gambar
Suka atau tidak, semua orang kena menerima hakikat bahawa kehadiran Tun Mahathir dikalangan puak Pakatan Haprak tu hari ini tidak seperti mana yang mereka harap - harapkan. Kalau dulu, kehadiran Si Ketua Penipu tu dianggap sebagai Anugerah Tuhan buat puak Pakatan Haprak apabila dia didakwa berjaya menyatukan parti pembangkang yang ada di Malaysia. Kata mereka, Si Ketua Penipu tu sebelum ini berjaya menggabungkan PAS dengan DAPigs yang secara umumnya mengetahui bahawa kedua - dua parti itu sering bercanggah ideologi Politiknya. Namun, sejak Si Ketua Penipu tu disumbat ke dalam penjara, macam - macam musibah mula menimpa gabungan Pakatan Haprak yang disatukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Makanya, puak Pakatan Haprak tu kini mula bergantung harap kepada Tun Mahathir dapat menjadi Penyelamat menggantikan Si Ketua Penipu tu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Harapan mereka, dengan kehadiran Tun, gabungan Pakatan Haprak tu menjangkakan bahawa mereka akan dapat m...

PKR BERJAYA JATUHKAN MARUAH PAS SEBAGAI "PENGEMIS"!!!

Gambar
Satu perbuatan yang sia - sia. Itu maksud kepada perumpamaan yang diberikan diatas yang jelas merujuk kepada kedudukan PAS yang teruk diperlakukan oleh PKR di Selangor pada ketika ini. Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR dilihat telah berjaya menjadikan PAS sebagai sebuah parti pengemis apabila membiarkan bekas parti sekutu mereka itu mengemis wang peruntukan. PAS Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini mengambil pendirian 'Tunggu dan Lihat' berhubung isu pembekuan peruntukan dari Rejim Pakatan pimpinan PKR untuk ADUN - ADUN mereka. "Sekarang ini semua ADUN sebenarnya masih belum dapat peruntukan lagi. Biasanya minggu kedua Januari ia akan turun.  "Kita lihat, kalau sekiranya ADUN lain boleh buat tuntutan tapi ADUN PAS tak boleh buat tuntutan, jadi kita akan bertemu dan minta penjelasan MB. "Kalau kita puas hati dengan penjelasan MB, okaylah, tak perlu kita jumpa siapa-siapa. Kalau tak puas hati, kemungkinan baru kita pergi ke istana. Sebab semua ini m...

SELEPAS PAS, PAN PULAK JADI MUSUH PKR!!!

Gambar
Setelah puas menjadikan PAS sebagai bahan belasahan mereka, PKR kini beralih pula sasaran mereka kepada PAN dengan menyingkirkan parti itu dari Jawatankuasa Rundingan Kerusi. Namun, seperti mana biasa, dakwaan yang dibangkitkan oleh PAN itu dinafikan oleh pimpinan PKR dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu cuba untuk menipu rakyat. Antara lain, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR Selangor, Si Zuraidah Mak Lampir tu menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat oleh PAN Selangor sebelum ini adalah tidak benar. Sebaliknya, Si Mak Lampir tu menegaskan bahawa rundingan berkaitan dengan kerusi Pilihan Raya dikalangan puak Pakatan di Selangor sudah diadakan sebanyak empat kali sebelum ini. “Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh PKR kini sedang dalam proses rundingan kerusi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang,” katanya dipetik Malaysiakini.   Semalam, pemimpin PAN mendakwa Pakatan Selangor masi...

KALAU TAK SALAH, KENAPA GUAN ENG BEREMOSI!!!

Gambar
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal mengawal emosinya ketika mengulas berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di negeri itu, sehingga melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai 'bodoh'. Dalam sidang medianya itu, Guan Eng turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau. Beliau turut menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan sebagai tidak relevan. "Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke? "Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak. "Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, s...

AL-QUR'AN DIHINA, MANA AHLI DAPigs MELAYU???

Gambar
Mamat ni merupakan sahabat kepada Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau serta bekas calon DAPigs di Parlimen Bentong yang pada ketika ini sedang sibuk menghasut orang Melayu di Bentong menyokong DAPigs. Maka secara kesimpulannya, Mamat ni seorang penyokong DAPigs yang sememangnya sejak dari dulu lagi sudah terkenal sebagai sebuah parti Chauvanis Anti Islam serta Anti Melayu. Namun pada hari ini, ada juga ahli DAPigs tu yang terdiri daripada kalangan orang Melayu. Mereka menjadi ahli DAPigs untuk menghapuskan persepsi kononnya DAPigs ni Anti Melayu/Islam. Tapi hakikatnya, penyertaan mereka itu tidak memberi kesan siginfikan terhadap agenda parti tersebut. Sebaliknya, mereka hanya dipergunakan untuk mengelirukan rakyat secara terbuka. Jika benar penyertaan pemimpin Melayu seperti Dyana dan skandal gelapnya, Si Zairil Khir Johari yang merupakan Melayu Kacuk itu nak mempertahankan Islam, mana suara mereka? Kenapa mereka tidak berani tampil mempertahankan kesucian Al-Qur'an dar...

BADROL KHALWAT ANGGAP PAS PARTI SESAT!!!

Gambar
Dulu dia orang anggap Ostad. Tapi rupanya dia Kaki Khalwat. Sama juga tanggapan dia terhadap Si Ketua Penipu tu yang dianggap seperti Malaikat, tapi dalam realitinya Si Kaki Peliwat. Makanya, tak hairan la jika Si Badrol Khalwat ni sanggup melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang Sesat dan mendakwa Tun Mahathir sekarang sudah bertaubat kerana menyokong Peliwat. Pokok pangkalnya bagi penyokong Pakatan seperti Si Badrol Khalwat ni, sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka akan dianggap sebagai Jihad yang akan mendapat rahmat. Maka sebab itu Si Badrol Khalwat tu sanggup membuat "Pusingan U" dan membuat tuduhan terbuka terhadap PAS serta menerima Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan. Pada 2001, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Si Badrol Khalwat tu merupakan aktivis reformasi yang ditahan di bawah Akta ISA kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan. Ketika memperjuangkan agenda Reformasi pada ketika itu, Si Badrol Kha...

KHALID SAMAD JANGAN TUNJUK SANGAT MUNAFIK TU!!!

Gambar
Apa masalahnya? Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak - puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan dan memburukkan Tun Mahathir sewaktu dia masih lagi bersama dengan UMNO. Macam - macam tohmahan dilontarkan terhadap Tun Mahathir. Malah diorang juga yang sibuk nak heret Tun Mahathir ke muka pengadilan diatas tindakan yang dilakukannya sebelum ini. Antara lain, puak Pakatan Haprak tu menuduh Tun Mahathir terlibat dalam aktiviti penyelewengan kuasa, mengamalkan Politik berdasarkan Kronisme dan Nepotisme secara terbuka. Bahkan diorang juga mendakwa Tun Mahathir terlibat dengan korupsi sepanjang menjadat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Maka, diorang kata Tun Mahathir mesti bertanggungjawab. Tapi, bila bekas Perdana Menteri tu tampil meminta maaf dan mengakui kegagalan dia semasa memegang jawatan, boleh pulak puak Pakatan Haprak tu terima pengakuan yang dibuat. Dan tambah memalukan, puak Pakatan Haprak macam Si Khalid Samad tu pulak yang mengagung - agungkan Tun Ma...

ANWAR TAK PAYAH JADI KETAM AJAR ANAK BERJALAN!!!

Gambar
Hahaha!!! Memang agak melucukan juga bila baca kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu ni. Nampak sangat yang dia cuba nak sembunyikan kemaluan yang telah dilakukan anak buahnya sendiri. Mungkin secara dasarnya, kenyataan Si Ketua Penipu tu ditujukan kepada TV3 dan juga media Utusan. Tetapi secara tidak lansung, ianya boleh juga ditujukan kepada media Pakatan. Bukan sekali dua media Pro Pakatan Haprak tu disaman kerana menyebarkan fitnah terhadap orang luar. Tapi sebaliknya, dah banyak kali media Pro Pakatan Haprak tu disaman. Itu pun termasuk laman portal rasmi PKR, parti Si Ketua Penipu tu sendiri yang sebelum ini pernah disaman kerana telah menyebarkan fitnah terhadap pemimpin serta Kerajaan BN secara terbuka. Dan yang terbaru berkaitan dengan isu Cynide di Raub yang dibangkitkan oleh DAPigs sebelum PRU yang lalu. Laman media Merosakkini diarahkan membayar saman sebanyak RM 200 ribu. Itu tak termasuk kes saman fitnah yang melibatkan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak t...

#UNDIROSAK BUAT PKR SEMAKIN MENGGELUPOR!!!

Gambar
Baru beberapa hari selepas kempen “#UndiRosak” dilancarkan oleh sekumpulan pengguna laman sosial, pemimpin pembangkang mula menggelabah apabila diserang dalam media sosial. Rata-rata pengguna media sosial yang menggunakan hashtag tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dalam isu yang melibatkan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pembangkang. Dua pemimpin pembangkang yang menjadi sasaran adalah Saifuddin Abdullah dan Nurul Izzah Anwar, yang mana kedua - dua individu ini aktif dalam laman Twitter dan Facebook. Seorang pengguna akaun Twitter, Muhammad Syafiq membalas komen Saifuddin dengan berkata, “Pilih sahaja calon lain, bukan Mahathir. Ia akan selesai isu ini.” Nurul Izzah yang juga diberi tekanan dalam media sosial tidak tahan dan memberikan reaksi terhadap kempen tersebut dengan memuat - naikkan status dalam akaun Facebooknya. Seorang pengguna Facebook, Suhaimi Ismail tampil membidas status yang dimuat - naikkan oleh Si Nurul Izzah di ruang komen dengan krit...

AZMIN "CUAK" BILA PAS UGUT NAK JUMPA SULTAN!!!

Gambar
Si Menteri Besar Selangor itu mula berada dalam keadaan panik PAS mengugut mahu memanjangkan isu berkaitan peruntukan yang disekat Rejim Pakatan negeri kepada Sultan Selangor. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin menyelar tindakan tersebut yang dianggap tidak matang dan menggesa supaya mereka berhenti daripada membawa isu itu ke Istana. “Bagi saya mana-mana ADUN yang ada masalah tentang peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan pegawai daerah kerana pegawai daerah merupakan pengawal kewangan. “Atau pun, mereka boleh bertemu dengan saya sebab pintu saya sentiasa terbuka. Kita boleh bincang tapi tak payahlah bawa perkara ini ke istana. “Ini soal pentadbiran, tak payahlah pergi jumpa Tuanku… ini pentadbiran negeri,” beliau dipetik berkata hari ini dalam satu majlis kerajaan negeri di Kuala Selangor hari ini. Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Sharafuddin, sekiranya masalah pembekuan perun...

BUKTI PAKATAN "TERJERAT" ISU CALON PM!!!

Gambar
Minggu lepas, Pakatan Haprak tu tampil dengan kontroversi berkaitan penghinaan terhadap Institusi Raja Melayu apabila video Mahfuz Bean berceramah di Bukit Gantang tersebar. Dalam video ceramah yang disiarkan secara 'Live' melalui Facebook PAN Bukit Gantang itu, Mahfuz Bean secara terbuka memberikan gambaran buruk tentang keadaan kesihatan Sultan Pahang. Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak pada ketika ini bukan sahaja ketandusan idea, malah mereka juga sudah terjerat dalam isu berkaitan calon Perdana Menteri. Pada asalnya, dalam ceramah tersebut, Si Mahfuz Bean tu cuba nak mempertahankan keputusan Pakatan yang mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Haprak. Kata Si Mahfuz Bean, dia hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media berhubung faktor usia Tun Mahathir yang kini mencecah 93 tahun untuk menjadi Perdana Menteri. Soalnya bukan sebab faktor usia sahaja yang menjadi isu dikalangan puak Pakatan Ha...

DIVA AA TANYA SPRM, KES RASUAH AZMIN MACAM MANA???

Gambar
Heran bin Ajaib sungguh Si Azmin Ali ni. Setiap kali ada sahaja isu berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan diri dia, pihak SPRM hanya mendiamkan diri mereka seperti batu. Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu ada buat laporan mengenai kewujudan kes penyelewengan kuasa dan rasuah betina didalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu. Tapi pihak SPRM mendakwa, tiada sebarang salah guna kuasa dan juga kes rasuah betina yang berlaku. Soalnya, kenapa SPRM tak ambik tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh Rafizi? Tidakkah laporan yang dibuat oleh Si Rafizi tu boleh dianggap sebagai satu laporan palsu dan ianya melanggar etika penguatkuasaan di Malaysia? Malah ianya menjejaskan reputasi SPRM sendiri. Kali ini, perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Azwan Ali juga turut membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Si Azmin Ali tu. Dan buat sekian kalinya, pihak SPRM hanya mendiamkan diri dan menjadi seperti ...