Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2018

"TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???

Gambar
Tak hairanlah kenapa pada ketika ini pelabur - pelabur asing pun takut nak membuat pelaburan mereka di Malaysia kerana watak dan karektor pemimpin Rejim ini tak ubah seperti Badut. Mana tidaknya. Pengumuman berkaitan dengan tabung yang kononnya nak selamatkan hutang Negara itu hari ini hanya menjadi bahan lawak jenaka dilaman media sosial semata - mata. Bagi sesetengah pihak, Rejim Pakatan Haprak tu kononnya nak tunjuk yang mereka sedang berada dalam keadaan yang sangat kritikal sehingga terpaksa mewujudkan tabung berkenaan. Menurut logik pencacai Rejim Pakatan Haprak tu, tabung tersebut hanya diwujudkan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan. Ianya bukan paksaan atau dijadikan perkara wajib. Tapi yang kelakarnya,  tanpa segan silu juga, Rejim Pakatan Haprak tu kata diorang nak belanja sebanyak RM 40 juta hanya semata - mata untuk menyiarkan perlawasan bolasepak World Cup secara percuma. Malah, tambah menghiburkan ialah apabila mereka umum nak bayar pampasan s...

BATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???

Gambar
Kebodohan apakah yang hendak dibentangkan rakyat? Wayang apa lagi nak mereka pertontonkan kepada masyarakat secara umum dalam keadaan yang bercelaru tanpa arah tujuan ini? Nampak gayanya, drama Politik Longkang yang dimainkan oleh Rejim Pakatan Haprak itu semakin bertambah menarik. Percanggahan demi percanggahan dapat dilihat muncul dengan jelas. Jika sebelum ini, percanggahan itu dapat dilihat apabila Menteri DAPigs yang dilantik Rejim Pakatan itu sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri. Menteri Kewangan bercanggah angka hutang Negara. Manakala Menteri Penerangan pula bercanggah pendapat berhubung status Akta Anti Berita Palsu. Sekarang cerita pasal HSR pulak. Cuma kali ini, percanggahan itu berlaku tidak sampai sehari. Pagi Perdana Menteri kata keputusan untuk membatalkan projek HSR itu adalah muktamad. Petang Menteri pula menafikannya. Malah penafian yang dibuat oleh Menteri itu juga turut mendapat kecaman dari pemimpin Singapur...

PAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???

Gambar
Memang agak menghairankan juga apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini. Malah kenyataan yang dibuat dalam temubual semalam pun membangkitkan pelbagai persoalan. Adakah PAS masih belum sedar dengan taktik Politik yang dimainkan oleh DAPigs sedangkan parti itu sendiri berpecah dari Pakatan kerana terasa seolah - olah mereka dipermainkan sebelum ini? Apakah PAS tidak melihat tindakan DAPigs yang berdiam diri pada ketika ini dari menyentuh soal kedudukan Islam hanya sekadar wayang Politik parti itu untuk sembunyikan agenda sebenar mereka? Kalau sebelum ini, DAPigs sanggup bersetuju dengan konsensus Pakatan, "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" hanya semata - mata untuk memperbodohkan PAS. Perkara yang sama juga cuba dilakukan pada ketika ini. Jika dilihat dari pendekatan yang dimainkan oleh DAPigs hari ini, memang mereka sedang melaksanakan taktik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' bagi mengaburi mata rakyat, terutama dikalangan umat Islam. Sek...

MAJLIS RAJA: APA YANG PAK KADIR CUBA SAMPAIKAN???

Gambar
Agak menghairankan juga apabila Ketua Media dan Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak ni bersuara mempertikaikan mengenai kedudukan Institusi Majlis Raja - Raja Melayu. Apa tujuan dia yang sebenarnya? Apa yang cuba nak dibangkitkan? Apa yang menjadi bahan pertikaian yang hendak dihidangkan kepada rakyat secara umum? Itu diantara perkara yang menjadi persoalannya. Adakah Pak Kadir ni juga setuju nak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik dengan menghapuskan Institusi Raja - Raja Melayu seperti yang dituntut oleh puak DAPigs selama ini? Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan seolah - olah ada usaha dari pihak tertentu yang mahu mewujudkan rasa kurang yakin rakyat terhadap Institusi Raja - Raja Melayu. Hakikatnya, kenyataan Pak Kadir itu hanya sekadar merupakan kesinambungan kepada kenyataan media yang dibuat dengan penuh rasa emosi oleh Ketua Pengarah SPRM sebelum ini. Walhal, isu berkaitan dengan siasatan 1MDB yang didakwa tidak d...

KIT SIANG MEMANG PAKAR PUTAR BELIT!!!

Gambar
Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir.  Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa. Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin (memutar-belit) dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib? Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS.  Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan (adalah) undi anti-Harapan. Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah. (51% itu tidak condong menyokong Pakatan). Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon - colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan. (Belum termasuk undi rosak yang memang disengajakan). Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu ...

SAHAM MENJUNAM, MENTERI DAPigs BAGI ALASAN BERTARAF LONGKANG???

Gambar
"Jika anda melihat kepada prestasi pasaran saham, ia juga bergantung kepada pelbagai faktor. Kita juga dapat melihat pasaran serantau mempunyai kesan yang sama." Demikian kenyataan Menteri Kewangan yang masih lagi sarat dengan skandal penyelewengan kuasa dan masih ada kes rasuah sedang dibicarakan dimahkamah pada ketika ini. Ironiknya, kenyataan seumpama itu pernah menerima kecaman dari kalangan pemimpin serta pengikut - pengikut setia Rejim Pakatan hari ini. Tapi sekarang, diorang pulak guna alasan yang sama. Cuba bayangkan jika Menteri dari Barisan Nasional yang keluarkan kenyataan sedemikian. Sudah pasti pemimpin - pemimpin Pakatan serta penyokong mereka akan mengecamnya secara habis - habisan. Keadaan itu sama seperti mana ketika dijelaskan mengenai isu kenaikkan kos sara hidup sebelum ini. Rata - rata pengikut setia Rejim Pakatan itu mendakwa ianya hanya mainan Politik semata - mata. Walhal, kenaikkan itu berdasarkan kepada faktor yang berlaku secara ser...

PAS PERTIKAI KEKAYAAN TUN MAHATHIR???

Gambar
Sejak dari dulu lagi Integriti SPRM ini menjadi persoalan. Banyak tindakan yang dilakukan agensi itu hanya menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat. Tapi tidak ada yang ambil peduli pun. Sekarang SPRM dah dapat seorang Ketua Pengarah yang dipandang Suci diatas ketelusannya menjalankan tugas sehingga berjujuran air mata sewaktu mengadakan sidang media. Maka tidak salah sekiranya pihak SPRM mendedahkan hasil siasatan mereka terhadap aduan yang dibuat oleh ahli - ahli PAS ini. Setidak - tidaknya, rakyat juga perlu tahu perkara sebenar. Malah, hubungan akrab beberapa orang Taikun Besar di Malaysia dengan Tun Mahathir juga turut menjadi salah satu persoalan. Adakah mereka memang berkawan baik semenjak dari kecil? Adakah taikun - taikun itu sering bertandang ke rumah Tun dan bermain guli semasa mereka bersekolah di Tadika? Atau, adakah mereka hanya mengenali Tun sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini???

DAH TERLAJAK KATA BARU NAK MINTAK MAAF???

Gambar
Ini yang orang tua - tua kata, kalau ikut rasa marah, parah jadinya. Bila terlalu ikutkan emosi, maka sanggup dia menabur fitnah dan membuat tuduhan melulu sehingga memalukan diri sendiri. Ternyata, apa yang diluahkan oleh Ketua Pengarah SPRM dalam sidang media yang diadakan semalam semuanya hanya berunsurkan rasa dendam peribadi dia sendiri. Bukan kepada bukti. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia secara bersembunyi meminta maaf kepada bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli melalui aplikasi pesanan mesej Whatsapp sahaja. Apa yang pasti, Integriti pasukan penyiasat yang dilantik Rejim Pakatan baru ini pada ketika ini sudah terjejas dan perkara itu sedang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat ketika ini. Jelas mereka, perjalanan siasatan itu nanti akan dipengaruhi dengan sikap prejudis serta rasa dendam terhadap mereka yang terlibat. Malah keputusan siasatan itu juga dianggap berat sebelah. Makanya, mereka menyarankan agar Ketua Pengarah SPRM yan...

DAH MENANG, TAK PERLU NAK JAJA CERITA SIMPATI PULAK!!!

Gambar
Rasanya tak perlu la pemimpin Rejim Pakatan yang baru tu nak menjaja cerita simpati sebagai bahan Politik Longkang mereka hanya semata - mata untuk menarik perhatian rakyat pada ketika ini. Tak payah la diorang nak keluarkan kenyataan kononnya, " Masa dah tak banyak. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan ". Alasan tu hanya sekadar nak menagih simpati murahan je. Secara logiknya, kalau dah tau yang dia kesuntukan masa, buat apa susah - susah dia nak angkat sumpah sebelum ini? Bukannya takde orang lain yang lebih layak untuk menjawatan jawatan yang dia pegang. Dan buat pemimpin yang baru hari ni masuk pejabat tu, tak perlu la dia nak bercerita semua benda tentang "Saya". Hari ni, banyak sangat cerita pasal "Saya Itu", "Saya Ini" dalam media. Dari satu sudut, nampak sangat kenyataan yang dia buat tu hanya semata - mata nak tunjuk yang dia sebelum ini SUCI dan MAKSUM dari melakukan kesilapan. Maka sebab itu dia ulang cerita tu semula. ...

SELEPAS PRU14, PEJUANG ISLAM LIBERAL SEMAKIN LANTANG???

Gambar
Rejim pimpinan Pakatan yang baru ini diharapkan agar tidak mudah tunduk kepada sebarang ‘suara sumbang’ yang datang dari golongan pembawa gaya hidup Islam Liberal di Malaysia. Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) berkata, pemimpin Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan ideologi dan fahaman politik dalam menangani ancaman serta musuh yang ingin mengubah Malaysia seperti negara Barat. “Suara yang cenderung kepada liberalisme dan tidak mendokong agama sebelum ini memang sering kedengaran, tetapi kita khuatir ia semakin meruncing. “Kita memang menolak gerakan seperti ini. Justeru diharapkan pemimpin Islam seluruh negara bersatu untuk meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita, malam ini. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila sejak kebelakangan ini, wujud desakan terbuka supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin, kononnya demi kesejahteraan negara. Suara sumbang ...

ADAKAH KES RASUAH GUAN ENG BAKAL DIGUGURKAN???

Gambar
Adakah benar Rejim Pakatan yang baru itu mahu menegakkan 'Rule of Law' seperti yang didakwa? Adakah mereka akan menghormati Kedaulatan Undang - Undang sedia ada di Malaysia? Pengumuman mengenai perlantikan Ketua SPRM yang baru juga menimbulkan persoalan. Malah lantikan Peguam Negara (AG) baru turut memungkinkan kes Guan Eng digugurkan kelak. Hari ini, mahkamah membenarkan penangguhan perbicaraan salah laku jenayah penyelewengan kuasa dan rasuah yang melibatkan Setiausaha DAPigs itu untuk dibuat semakan semula. Namun spekulasi dikalangan rakyat, kemungkinan besar kes rasuah rumah mewah Terlajak Murah yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dengan ahli perniagaan itu akan digugurkan. Makanya, rakyat sudah pasti akan memerhati sejauh mana ketelusan dan kejujuran Rejim Pakatan baru ini dalam soal menegakkan kedaulatan undang - undang atau adakah itu semua hanya sekadar Retorik Politik Longkang mereka semata - mata???

SITI KASIM BANTAH LANTIKAN MENTERI PENDIDIKAN???

Gambar
Belum apa - apa lagi, aktivis yang Pro Rejim Pakatan ini sudah mula bersuara membantah perlantikan yang dibuat keatas Dr. Mazlee Malik bagi jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Aktivis yang lantang bersuara memperjuangkan agenda Liberal bersama dengan Marina Mahathir ini tampil mempertikaikan perlantikan tersebut kerana didakwa akan merosakkan pendidikan Malaysia. Antara lain, aktivis Pro LGBT itu mendakwa Dr. Mazlee sebagai seorang pejuang Islam Progresif yang pernah muncul mempertahankan kedudukan Dr. Zakir Naik di Malaysia sebelum ini. Malah, Siti Kasim juga turut mempersoalkan arah tuju pendidikan yang bakal dibawa oleh Dr. Mazlee yang didakwa akan menyebabkan lebih banyak doktrinisasi Islam dalam sistem Pendidikan. Tidak cukup setakat itu sahaja. Siti Kasim turut membuat petisyen bantahan secara atas talian (Online) kepada Rejim Pakatan agar jawatan Menteri Pendidikan itu diberikan kepada orang lain. Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh aktivis Pro...

BR1M: FATWA ATAU AUTA YANG BERUBAH???

Gambar
Bila Golongan MUNAFIK Berkata - Kata. Nampak gayanya, semua kata - kata hinaan yang dilemparkan oleh Rejim Pakatan Baru terhadap kepimpinan Kerajaan sebelum ini mula memakan diri mereka sendiri satu persatu. Rakyat ketika ini sedang melihat permainan Politik Munafik yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan apabila satu persatu hinaan itu seolah - olah terkena pada batang hidung mereka sendiri. Jika dulu, Rejim Pakatan itu mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ini sebagai satu bentuk Rasuah terbuka dan menjatuhkan hukum HARAM bagi sesiapa yang menerimanya. Mereka mendakwa tindakan Kerajaan sebelum ini memberikan BR1M hanya semata - mata untuk memancing undi sedangkan realitinya semua tahu bahawa tidak semua yang terima BR1M undi Barisan Nasional. Bantuan Rakyat 1Malaysia ni dah mula diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Dan keputusan pada ketika itu, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih tidak dapat dikuasai oleh BN. Dalam erti kata lainnya, dakwaan ...

MANGSA GELEDAH SUBUH TAK SETUJU TINDAKAN POLIS???

Gambar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut tampil memberikan pendapatnya mengenai serbuan itu di laman Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa sebarang siasatan perlu dilakukan dengan bijak. Jelasnya, pihak polis telah hadir ke rumah bekas perdana menteri itu pada waktu yang tidak sesuai dan memohon pihak berkuasa untuk sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan. “Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan geledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian,”  tulisnya di Twitter, hari ini. Beliau mengulas tindakan polis yang menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, malam tadi. Dalam erti kata lainnya, tindakan menggeledah rumah seperti yang dilakukan itu juga merupakan modus operandi yang sama pernah dipraktikkan sewaktu Anwar dipecat dari jawatan Timblan Perdana Menteri. Persoalannya, a...

17 RIBU PENJAWAT AWAM AKAN DIPECAT???

Gambar
Rejim Pakatan hari ini mengumumkan akan memberhentikan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha menurunkan perbelanjaan, kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam. Dalam masa yang sama, Rejim Pakatan juga akan mengambil tindakan menggantung atau membuang terus kakitangan lantikan politik kanan yang didakwa telah melakukan salah guna kuasa. Namun bagi sesetengah pihak mendakwa tindakan itu dianggap sebagai satu kezaliman terhadap mereka yang terlibat. Dan kebanyakkan mereka semuanya dari kalangan orang Melayu. Ditambah pulak apabila umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan ini dari jenis manusia yang tiada keperimanusiaan? Soalnyaa, bagaimana mungkin kakitangan awam yang terlibat itu dapat mencari kerja dalam masa terdekat untuk menyara keluarga sepanjang bulan Ramadhan ini? Kalau orang bujang, tahan lagi. Tapi kalau yang dah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, macam man...

REJIM PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN KE???

Gambar
Itu menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Rejim Pakatan itu masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama? Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ianya turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan. Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi. Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan dimahkamah. Maka dia perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri Kewangan itu hanya atas nama sahaja. Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa pihak Rejim Pakatan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan sedemikian. Malah persoalannya, adakah Rejim Pakatan itu mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak ...

REJIM PAKATAN BUAT "MAGIC" HILANG HUTANG 800 BIL!!!

Gambar
Hebat tak Rejim Pakatan yang baru ni? Dalam masa beberapa hari sahaja mereka memerintah, Hutang Kerajaan Persekutuan yang didakwa dilakukan oleh BN sebelum ini 'Hilang' begitu sahaja. Jika sebelum ini, puak yang sama membuat dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa Negara Malaysia akan berada dalam keadaan Bankrap dan rakyat dipaksa menanggung bebanan tersebut. Perkara itu menjadi sebahagian dari bahan jajaan Politik Pakatan sepanjang mereka berkempen untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini. Namun, selepas beberapa hari puak Rejim Pakatan itu memerintah, mereka mendakwa kononnya Dana Kewangan Negara mencukupi malah ianya mampu untuk menanggung kos pemansuhan GST. Tidak cukup setakat itu sahaja, Rejim Pakatan yang baru itu juga turut mendakwa keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh walaupun Ringgit mengalami kejatuhan sebanyak RM 0.94 semalam. Hebatkan? Dalam sekelip mata, habis seluruh pengikut Rejim Pakatan yang ...

TEORI: 40 TAK BERGANJAK, 60 PECAH TIGA!!!

Gambar
Rasanya, dah banyak kali orang bercerita mengenai Teori 60-40 ni. Tapi malangnya, teori itu lansung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan parti sehingga menyebabkan Barisan Nasional kalah teruk. Ya! BN KALAH TERUK kerana pucuk pimpinan tidak mengambil peduli pandangan yang diberikan oleh orang bawahan. Itu hakikat yang pucuk pimpinan parti perlu terima secara terbuka. Sebelum ini orang dah cakap, 40 peratus pengundi Cina tidak berganjak. Manakala baki 60 peratus undi berpecah tiga. 20 peratus undi BN, 20 peratus undi PAS dan baki 20 peratus pecah lagi 2. 10 peratus undi BN manakala 10 peratus undi Pakatan. Jika difikirkan secara logik, Barisan Nasional hanya mampu mendapat 30 peratus manakala Pakatan memperolehi 50 peratus undi. Namun sesetengah pemimpin BN tidak dapat menerima teori ini. Sebaliknya mereka masih lagi membuat dakwaan kononnya Barisan Nasional masih mampu mengekalkan 40 peratus undi rakyat. Keadaan itu dapat dilihat dengan jelas apabila pola pengundi yang ...

TOL KEMUNGKINAN BESAR TIDAK DIHAPUSKAN???

Gambar
Jika mengikut manifesto yang telah diumumkan oleh Rejim Pakatan sebelum ini, tol disetiap lebuhraya seluruh Negara akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari selepas mereka berjaya merampas Putrajaya. Maka sudah pasti rakyat secara keseluruhannya ternanti - nanti perlaksanaan manifesto tersebut disamping pemansuhan cukai GST yang telah dijanjikan oleh kepimpinan Rejim Pakatan itu. Namun, bagi sesetengah pihak berasa agak skeptikal dengan manifesto tersebut kerana Perdana Menteri Pakatan sebelum ini pernah membuat kenyataan yang bertentangan dengannya. Tun Mahathir dalam satu kenyataan mendakwa janji yang dibuat oleh Rejim Pakatan itu tidak relevan dan sukar untuk dilaksanakan kerana pemansuhan konsesi tol itu menelan belanja besar. Walaubagaimana pun, janji untuk menghapuskan tol itu tetap termaktub didalam agenda 100 Hari Pakatan kepada rakyat Malaysia kerana didakwa menjadi punca rakyat hidup tertekan. Tetapi, kemungkinan besar pemansuhan tol itu tidak akan dilaksanakan. ...

ADAKAH RAFIZI AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN PENJARA???

Gambar
Jika sebelum ini, Rafizi dengan penuh lagak sombong mendabik dada menyatakan bahawa dia tidak akan dipenjara dan terlepas dari hukuman sekiranya puak Pakatan berjaya menakluki Putrajaya. Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menabur fitnah serta mendedahkan dokumen sulit secara terbuka dibawah Akta BAFIA yang telah difailkan oleh Pengerusi NFCorp. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rafizi kerana didapati bersalah melakukan tuduhan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding. Malah Rafizi juga masih berhadapan dengan kes saman fitnah yang difailkan oleh Tabung Haji kerana membuat dakwaan terhadap institusi kewangan Islam itu. Kes itu masih sedang dibicarakan. Persoalannya, adakah Si Rafizi itu akan terlepas dari sebarang hukuman seperti mana yang didakwa sebelum ini? Adakah pihak Rejim Pakatan yang baru akan mengambil tindakan terhadap pendakwaan yang dibuat? Dan bagaimana pula dengan kes saman syarikat Lynas terh...

IMPLIKASI REJIM PAKATAN HARAPAN!!!

Gambar
Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, kita dapat melihat kejayaan Pakatan untuk membentuk sebuah Rejim baru dibawah pemerintahan Tun Mahathir selaku calon bakal Perdana Menteri. Namun apa yang pasti, beberapa implikasi yang bakal dilakukan oleh Rejim baru itu dapat dilihat dengan jelas. Diantara perkara yang akan mereka lakukan ialah menghapuskan sistem GST. Malah Rejim Pakatan itu juga turut berikrar untuk menghapuskan syarikat kewangan strategik Negara, 1MDB yang didakwa telah menyeleweng dana Kerajaan untuk kegunaan peribadi. Turut diramalkan akan dimansuhkan oleh Rejim Pakatan itu ialah projek - projek yang telah diumumkan Kerajaan sebelum ini. Misal contohnya, projek MCKIP di Kuantan akan ditutup dan dimansuhkan. Maka 4000 rakyat akan hilang peluang pekerjaan jika sekiranya Rejim Pakatan mengambil tindakan sedemikian. Begitu juga dengan projek ECRL yang kemungkinan besar akan dimansuhkan. Selain itu, rancangan PAS untuk membentangkan Rang Undang - Undang Pindaan Akta 355...

TERIMA KASIH PAS!!!

Gambar
Percaturan Politik yang digembar - gemburkan selama hari ini membuktikan bahawa telahan beberapa pihak telah meleset apabila mereka terlalu yakin dengan petandingan tiga penjuru. Jika sebelum ini, ramai yang mendakwa kononnya PAS akan menyebabkan Pakatan hilang majoriti dan sekaligus ianya akan menyebabkan Barisan Nasional boleh kekal sebagai Kerajaan. Namun perkara itu ternyata meleset apabila pertandingan tiga penjuru itu lansung tidak memihak kepada Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu gagal mengekalkan kuasa. Malah sebaliknya, BN telah hilang 20 peratus undi dan Pakatan berjaya meningkatkan jumlah peratusan majoriti mereka sebanyak 10 peratus untuk membentuk sebuah Kerajaan baru. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Pakatan berjaya meningkatkan undi mereka sebanyak seribu dibeberapa buah kawasan walaupun tanpa sokongan kuat dari jentera PAS. Maka, itu membuktikan bahawa Pakatan mampu berjaya tanpa sokongan PAS. Tidak seperti mana yang didu...

RABU 11 MEI YANG PENUH MISTERI!!!

Gambar
Jika sebelum ini, hari RABU menjadi trending dilaman media sosial apabila Perdana Menteri mengumumkan hari ini sebagai hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke 14. Maka, pelbagai spekulasi mula bertebaran dilaman media sosial mempersoalkan tarikh yang telah diumumkan. Kononnya berlaku konspirasi tertentu untuk memberi kemenangan kepada BN. Tapi anehnya, keadaan dan suasana Hari Pembuangan Undi yang diadakan hari ini agak berlainan. Suasananya tidak seperti pada ketika Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini. Tiada sebarang provokasi yang tidak diundang berlaku. Tiada sebarang dakwaan kononnya wujud pengundi hantu di Pusat Daerah Mengundi walaupun ada satu dua kes yang dibangkitkan. Namun, melihat kepada pola pengundian kali ini juga agak berbeza. Tiada sebarang 'Bot Luar' yang menghantar pengundi - pengundi yang telah dipindahkan. Tiada sebarang muka asing kelihatan. Sesungguhnya, keadaan ini dilihat agak menghairankan dan ianya menjadi satu misteri. A...

PAGAR PUSAT MENGUNDI SUDAH DITUTUP!!!

DAPigs TERDIAM DITANYA "KE MANA HILANG 5 TAHUN"!!!

Gambar
Usaha puak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs untuk menghasut rakyat nampak gayanya tidak kesampaian apabila meeka GAGAL menjawab persoalan dari rakyat secara terbuka. Maka sebab itu dalam mana - mana ceramah yang mereka adakan, hanya isu basi sahaja yang dikitar semula. Tiada sebarang isu yang boleh mereka banggakan mengenai wakil mereka sebelum ini. Bila ditanya, apa sumbangan wakil DAPigs yang menjadi pemimpin selama 5 tahun terdahulu, puak DAPigs itu hanya terdiam. Mereka tidak dapat memberikan jawab dengan jelas. 5 tahun wakil DAPigs tidak menjalankan tugas mereka selaku ADUN mahupun Ahli Parlimen. Alasan yang biasa digunakan, mereka tidak mempunyai kuasa untuk membantu rakyat. Wakil DAPigs ini hanya membuat dakwaan kononnya mereka bukan Kerajaan. Maka sebab itu mereka kata mereka tidak dapat membantu sedangkan alasan itu hanya sekadar RETORIK semata - mata. Selama 5 tahun, wakil DAPigs ini lebih banyak menghabiskan masa diluar, berpolitik tanpa memberi sebar...

CINA DAPigs DAH HILANG PERCAYA PADA PARTI!!!

Gambar
Orang Cina yang menyokong DAPigs dah mula hilang kepercayaan apabila diajak menyokong Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu bagi diangkat semula untuk menjadi Perdana Menteri ke-7. Tujuannya tidak lain bagi menjaga hati orang Melayu dan tentunya motif utama DAPigs untuk memecahkan undi orang Melayu di luar bandar serta mengelirukan mereka secara terbuka. Sedangkan Tun Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Pengerusi Pakatan Haprak itu  bukanlah merupakan pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak dalam gabungan pembangkang. Sebaliknya Mahathir hanya diperkudakan parti Chauvinist DAPigs yang sanggup menggugurkan simbol 'Roket' untuk mengaburi mata pengundi terutama dikalangan orang Melayu. Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin pembangkang sendiri dengan jelas menyebut nama bekas Perdana Menteri itu di pentas - pentas cera­mah bahawa Tun Mahathir hanya dipergunakan untuk meraih undi Melayu. Perkara itu jelas apabila Lim Guan Eng telah pun berjanji kepada tiga orang pemim...