PRESTASI LEMAH PUNCA ADUN PKR TAK BOLEH BERI BANTUAN???
Nampak gayanya, kemaruk juga Si Lim Guan Eng ni nak menunjuk kuasa dia kepada umum dengan memberikan alasan yang lansung tidak masuk akal seperti dalam kenyataan media semalam. Kemaruk kuasa Si Guan Eng itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia tidak membenarkan wakil rakyat setempat menyerahkan sendiri bantuan banjir kepada penduduk dikawasannya. [ REJIM GUAN ENG HALANG ADUN PKR BERI BANTUAN BANJIR!!! ] Antara lain, Si Lim Guan Eng tu mendakwa ADUN Kebun Bunga yang diwakili pemimpin PKR itu lemah menjadi punca kenapa Rejim DAPigs tidak membenarkan dia menyerahkan bantuan banjir. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merujuk kepada prestasi ADUN berkenaan semasa bencana banjir yang berlaku di negeri itu 15 September dan 4 dan 5 November. Memetik laporan Malaysiakini, meskipun beberapa ADUN PKR lain turut mempersoalkan dasar Rejim pimpinannya, Guan Eng memaklumkan mereka tidak menerima tindakan sebagaimana Cheah. "Saya melawat kawasan di DUN beliau yang...